‘Boikot’ pesta buku terbesar dunia

‘Boikot’ pesta buku terbesar dunia

FRANFURT, 12 Okt – Pesta buku terbesar di dunia akan bermula pada hari Rabu ini diselubungi kontroversi dan Iran menggesa semua negara-negara Islam memulaukan pameran itu kerana pengarang Salman Rushdie telah dijemput untuk berucap.

Para penganjur Pesta Buku Frankfurt mempertahankan pilihan itu, dengan berkata kebebasan bersuara adalah tema utama pada perhimpunan para penulis dan penerbit pada tahun ini, 10 bulan selepas pejuang-pejuang Islam berbaris menuju pejabat penerbit satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo di Paris dan menembak pasukan editorialnya.

“Kami merasakan politik kuat tahun ini dan kebebasan bersuara akan menjadi tema utama,” kata Juergen Boos, pengarah pameran itu.

Pameran itu dijanjikan berkontroversi meskipun sebelum ia bermula, dengan sidang media pada esok hari akan menjadikan Rushidie tajuk akhbarnya, yang mana waran tangkap telah dibuat ke atasnya ekoran bukunya “The Satanic Verses’ yang dikeluarkan pada tahun 1989.

Pemimpin tertinggi Iran pada masa itu, Ayatollah Ruhollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan pengarang Britain itu harus dibunuh, yang memaksa Rushdie bersembunyi dan kerajaan Britain meletakkan penulis itu di bawah perlindungan polis.

Ayatollah mengeluarkan fatwa bahawa Salman Rushdie harus dihukum bunuh. – Reuters
Ayatollah mengeluarkan fatwa bahawa Salman Rushdie harus dihukum bunuh. – Reuters

Rabu lalu Tehran berkata ia akan memulaukan pesta Frankfurt itu, kerana ia di bawah dalih kebebasan bersuara, menjemput orang yang dibenci oleh dunia Islam dan mewujudkan peluang bagi Salman Rushdie, untuk memberi ucapan.” Ia juga menggesa negara-negara Islam lain menyertai pemulauannya itu.