Boko Haram bunuh 14, bakar kampung

Boko Haram bunuh 14, bakar kampung

KANO, Nigeria, 27 Dis – Kira-kira 14 orang dibunuh dan beberapa orang lagi dicederakan oleh lelaki-lelaki bersenjata Boko Haram dalam serangan pada Hari Krismas di sebuah kampung di timur laut Nigeria, menurut para pemerhati semalam.

Menyerang dengan berbasikal, pejuang-pejuang jihad menyerang kampung Kimba di negeri berbahaya, Borno kira-kira pukul 10 malam Jumaat lalu, dengan melepaskan tembakan ke arah para penduduk dan membakar rumah mereka.

“Lelaki-lelaki bersenjata telah membunuh 14 orang dan membakar seluruh kampung sebelum mereka lari,” Mustapha Karimbe, seorang awam yang membantu pihak tentera dalam memerangi Boko Haram, memberitahu AFP.

“Tidak sebuah rumah pun terlepas daripada dibakar,” seorang lagi pemerhati, Musa Suleiman berkata selepas melawat kampung yang dibakar itu.

Beratus-ratus penduduk Kimba melarikan diri ke Biu yang berhampiran, yang mana mereka ditempatkan di kem orang pelarian yang telah pun dipenuhi orang ramai yang lari dari Boko Haram.

Serangan berlaku beberapa hari sebelum had akhir yang dikenakan Presiden Nigeria Muhammadu Buhari untuk menghapuskan kumpulan itu mansuh pada 31 Disember dan dalam minggu sama beliau berkata Nigeria ‘dari segi teknikal’ telah menumpaskan pejuang jihad itu.

Buhari memegang jawatan Presiden pada Mei dengan berikrar akan menamatkan pemberontakan enam tahun yang telah mengorbankan lebih 17,000 orang dan menakutkan para pelabur yang sangat diperlukan dalam ekonomi terbesar Afrika dan yang juga pengeluar minyak terpenting.

Tentera Nigeria telah merampas kembali wilayah itu dari Boko Haram, tetapi dalam responsnya itu kumpulan semakin berani dengan pengebom berani mati –kebanyakan mereka adalah kanak-kanak – untuk memperjuangkan perang bagi sebuah negeri Islam merdeka.

Para militan telah merosakkan infrastruktur kecil apabila kerajaan berdepan masalah kewangan akibat kejatuhan harga minyak.

Menurut Indeks Keganasan Sejagat, satu laporan yang dikeluarkan oleh Institusi Ekonomi dan Keamanan di New York, ia ‘semakin menjadi kumpulan pengganas paling membawa maut di dunia.” – AFP