Boko Haram bunuh 56 orang

Boko Haram bunuh 56 orang

MAIDUGURI, Nigeria, 31 Ogos (Agensi) – Kumpulan ekstremis Islam Boko Haram membunuh 56 penduduk kampung di satu kawasan pedalaman, gabenor Negeri Borno rantau tersebut berkata kelmarin, tatkala pihak kerajaan memberi amaran ekstremis itu sedang dalam usaha untuk mengembangkan kempen ganas mereka.

Seorang ahli kerajaan Kashim Shettima mengesahkan serangan itu di kampung Baanu ketika satu mesyuarat bersama ibu-bapa kepada 219 orang gadis diculik dari sebuah sekolah di rantau tersebut oleh pihak ekstremis itu tahun lepas. Khamis ini mencatat 500 hari gadis-gadis perempuan itu berada dalam tahanan dari sebuah sekolah di Chilbok.

“Saya mahu kita semua untuk memahami bahawa krisis Boko Haram merupakan satu bencana yang menghadapi kita, apabila pemberontakan itu tidak membezakan sama ada seseorang itu beragama Kristian atau Islam, mahupun mereka mempunyai simpati kaum atau hubungan. Hanya kelmarin mereka telah membunuh 56 orang di kampung Baanu, Nganzai kerajaan setempat, ketika saya bercakap dengan kamu mayat-mayat mereka masih berselerak di jalan kampung itu kerana hampir semua orang kampung lari untuk menyelamatkan nyawa mereka”.

Dia tidak memberitahu butir-butir lanjut mengenai serangan itu.

Penduduk-penduduk kampung Baanu yang melarikan diri mengatakan mereka telah diserang oleh Boko Haram pada malam Jumaat.

Ibu-ibu di Nigeria dalam satu kempen mengharapkan anak-anak mereka dikembalikan sejak kumpulan Boko Haram menculik anak mereka sejak 500 hari lalu. - Reuters
Ibu-ibu di Nigeria dalam satu kempen mengharapkan anak-anak mereka dikembalikan sejak kumpulan Boko Haram menculik anak mereka sejak 500 hari lalu. – Reuters

“Kami pulang kembali ke kampung pada keesokan pagi selepas menghabiskan semalaman di dalam belukar, kami nampak mayat-mayat di jalan kampung itu,” kata seorang petani Mustapha Alibe.

Pemberontakan Boko Haram selama enam tahun telah mengakibatkan anggaran kematian 20,000 orang. Sekurang-kurangnya 1,000 orang telah terbunuh oleh militan itu sejak Presiden Muhammadu Buhari dilantik pada Mac lalu dengan berjanji untuk menghapuskan mereka.

Tentera Chad dan Nigeria telah mengusir keluar ekstremis itu dari 25 bandar yang ditakluk selama berbulan di satu kawasan yang diisytiharkan oleh Boko Haram sebagai khalifah Islam. Sejak itu, pemberontak itu, yang mana pada bulan Mac membuat perjanjian kesetiaan dengan Negara Islam (IS), telah kembali menggunakan taktik serang dan lari dan pengeboman berani mati secara besarnya di utara negara itu.

Secara berasingan, seorang pegawai kerajaan berkata terdapat kemasukan secara tiba-tiba ejen Boko Haram di Lagos dan sebahagian lain Nigeria di luar kawasan utama aktiviti militan itu di timur laut Nigeria.