Boko Haram culik 16 wanita

Boko Haram culik 16 wanita

KANO, Nigeria, 25 Mac (AFP) – Lelaki bersenjata Boko Haram telah menculik 16 wanita di kawasan terpencil di negeri Adamawa timur laut Nigeria, kata polis, ahli perundangan dan tempatan memberitahu AFP kelmarin.

“Kami menerima laporan mengenai penculikan 14 wanita dan dua remaja perempuan oleh lelaki bersenjata yang dipercayai pemberontak Boko Haram berhampiran kampung Sabon Garin Madagali,” kata jurucakap polis kerajaan Adamawa, Othman Abubakar.

“Kami telah menghantar pasukan pencarian ke kawasan itu dan telah memaklumkan tentera yang juga menghantar kakitangan bagi operasi mencari dan menyelamat di hutan untuk membebaskan tebusan.”

ARTIKEL YANG SAMA