Boko Haram diajak berbincang

Boko Haram diajak berbincang

ABUJA, NIGERIA, 1 Jan (AFP) – Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari (gambar) berkata, kerajaannya bersedia untuk berunding dengan kumpulan militan Boko Haram bagi membebaskan kira-kira 200 pelajar sekolah yang diculik kumpulan itu hampir dua tahun lalu.

Menurutnya, Abuja sedia mengadakan perbincangan tanpa syarat tetapi menegaskan ingin mengenali kepimpinan sebenar Boko Haram.

pg16_160102_b

‘Sebelum memulakan sebarang rundingan, kami ingin mengenali kepimpinan kumpulan tersebut yang boleh mengesahkan semua kanak-kanak perempuan diculik masih hidup,’katanya menerusi sidang akhbar yang disiarkan menerusi televisyen.

Pada April tahun lalu, seramai 276 budak perempuan diculik dari sekolah mereka di timur laut bandar Chibok, namun beberapa orang daripada mereka dilaporkan berjaya melarikan diri.

Difahamkan, kira-kira 20,000 orang terbunuh dan lebih 2.5 juta lagi kehilangan tempat tinggal sejak Boko Haram menjadi lebih radikal di negara terbabit pada 2009, lapor AFP.