Boko Haram mengaku bertanggungjawab

Boko Haram mengaku bertanggungjawab

WASHINGTON, 12 Julai (AFP) – Kumpulan Boko Haram mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di ibu negara Chad, N’Djamena dan bandar di Maiduguri, Nigeria, pada Sabtu.

Mengikut SITE Intelligence Group, sebuah badan pemantauan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), pengakuan itu dibuat menerusi Twtter dengan jenama baharu kumpulan itu, ‘Negara Islam, Wilayah Afrika Barat’, seiring dengan ikrar sekutu kumpulan itu dengan IS pada Mac lalu.

Menerusi kiriman di Twitter itu, Boko Haram mendakwa mereka menyerang kumpulan kafir di Afrika Barat.

Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam serangan bom bunuh diri di sebuah pasar di N’Djamena, semalam.

Tentera dan anggota polis melindungi kawasan yang telah diserang bom di N’Djamena. – AFP
Tentera dan anggota polis melindungi kawasan yang telah diserang bom di N’Djamena. – AFP

Kumpulan itu juga mengaku bertanggungjawab dalam serangan bunuh diri pada 15 Jun lalu, yang menyebabkan 38 terkorban.

Sementara dalam serangan di Maiduguri semalam, dua terbunuh dan dua cedera apabila pengebom bunuh diri gagal menghampiri terminal sebuah stesen bas yang sesak.