Bokova memasuki pencalonan pemimpin PBB

Bokova memasuki pencalonan pemimpin PBB

SOFIA, 10 Feb – Kementerian Luar Bulgaria kelmarin secara rasminya mengumumkan pencalonannya terhadap Ketua UNESCO Irina Bokova bagi jawatan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

“Kementerian Hal Ehwal Luar menghantar surat, mencalonkan Mrs Irina Georgieva Bokova bagi jawatan setiausaha agung PBB,” menurut kementerian itu dalam satu keterangan.

“Berdasarkan latar belakang dan pengalamannya, Bokova mungkin salah seorang calon utama bagi kempen jawatan setiausaha agung PBB yang akan datang,” tambahnya. Ketua PBB seterusnya akan menyandang jawatan pada 1 Januari, 2017, bagi menggantikan Ban Ki-moon yang telah menyandang jawatan tersebut dalam dua tempoh sejak 2007.

Bokova, 63, adalah wanita pertama untuk mengetuai badan kebudayaan PBB, UNESCO, dan ketua pertama dari negeri bekas Soviet apabila beliau dilantik pada 2009.

UNESCO menerima masuk Palestin sebagai ahlinya pada Oktober 2011 yang memberikan masalah kepada Bokova, apabila Amerika Syarikat serta-merta menggantung dananya kepada badan PBB.

Bokova akan bertanding bagi jawatan pemimpin PBB. – AFP
Bokova akan bertanding bagi jawatan pemimpin PBB. – AFP

Namun bekas menteri luar itu memenangi kembali jawatannya, dan tempoh keduanya dijangka akan mansuh pada akhir 2017.

“Saya tahu saya akan memenangi undian PBB,” Bokova secara yakin memberitahu televisyen swasta saluran Nova. Terdapat banyak spekulasi terhadap sama ada PBB kali ini akan mempunyai pemimpin wanita pertama, selepas lapan orang lelaki telah menerajui badan dunia itu sejak 1946.

Bokova yang merupakan bekas duta Bulgaria ke Perancis dan Monaco, baru-baru ini dikritik atas didikan istimewa beliau dalam keluarga komunis yang menonjol.

Bapanya Gergi Bokov merupakan bekas ketua editor akhbar Parti Komunis Rabotnichesko Delo.

Bokova menerima pendidikan elitnya di luar negeri, pertama di Institut Hubungan Antarabangsa Negeri Moscow dan kemudian di Universiti Maryland dan Harvard di Amerika Syarikat.

Bokova sebelum ini dilantik bagi jawatan timbalan menteri luar untuk menyelaras hubungan-hubungan Bulgaria dengan Kesatuan Eropah di antara 1995 dan 1997. Beliau kemudian naik menjadi menteri luar dari November 1996 hingga Februari 1997 apabila beliau menerajui bidaan negaranya untuk menyertai EU.

Beliau berupaya untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan Sepanyol, dan berkahwin serta mempunyai dua orang anak. – AFP