Bola jaring gagal ke akhir, raih gangsa

Bola jaring gagal ke akhir, raih gangsa

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Peluang pasukan bola jaring Brunei Darussalam dalam Sukan Sekolah-sekolah ASEAN ke-7 (ASG7) untuk mara ke perlawanan akhir tertutup selepas tewas buat kali kedua, hari ini kepada Thailand dengan kiraan 20-45 sekali gus mengesahkan hanya akan memenangi pingat gangsa.

Suku masa pertama menyaksikan Brunei Darussalam hanya ketinggalan 4-7, tetapi masuk suku masa kedua, pasukan negara ketinggalan 11-22 selepas hanya berjaya menambah 7 gol berbanding 15 gol tambahan buat Thailand.

Pada suku masa ketiga, Thailand menjaringkan 12 gol berbanding hanya 4 gol oleh Brunei Darussalam untuk kedudukan 15-34. Kemudian Thailand menambah 11 gol lagi pada suku masa keempat sedang Brunei Darussalam hanya menambah 5 gol.

Pasukan Brunei Darussalam (putih hitam) ketika menentang Thailand di hari kedua acara bola jaring ASG7 semalam.
Pasukan Brunei Darussalam (putih hitam) ketika menentang Thailand di hari kedua acara bola jaring ASG7 semalam.

Kelmarin (23 November), pasukan negara kalah 15-69 kepada Singapura dan esok merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi Brunei Darussalam iaitu menentang Malaysia, pasukan yang menang dalam dua perlawanan awalnya iaitu 64-17 ke atas Thailand kelmarin dan 67-33 ke atas Singapura hari ini.

Pertembungan antara Pasukan Singapura dengan Pasukan Thailand esok (25 November), akan menjadi perlawanan penentuan tempat kedua kumpulan iaitu pasukan yang menang pasti akan bertemu dengan Malaysia di perlawanan akhir nanti pada pagi 26 November nanti.