Bola Jaring PSKK bermula

Bola Jaring PSKK bermula

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Acara bola jaring Pesta Sukan Kementerian-Kementerian (PSKK) 2015 bermula hari ini dengan 12 perlawanan peringkat kumpulan iaitu masing-masing enam perlawanan dalam Kumpulan A dan Kumpulan B.

Pasukan yang bersaing dalam Kumpulan A ialah Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri & Perdagangan (KHELN&P), Kementerian Perhubungan (MOC), Kementerian Pembangunan (MOD) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Kumpulan B pula dibarisi Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Enam perlawanan telah dilangsungkan di sebelah pagi dengan MOE menentang KHEDN, MINDEF menentang KPSSU, KHELN&P menentang MOC, KKBS menentang MOF, MOD menentang KHEU dan MOH menentang JPM.

Pertembungan sengit Kumpulan B antara KKBS dengan MOF yang dimenangi MOF dengan jaringan 46-42.
Pertembungan sengit Kumpulan B antara KKBS dengan MOF yang dimenangi MOF dengan jaringan 46-42.

Dalam perlawanan tumpuan hari ini, MOF berjaya menewaskan KKBS dengan jaringan 46-42 setelah memenangi tiga daripada empat suku masa iaitu 14-11 pada suku masa pertama, 12-10 pada suku masa kedua dan 12-11 pada suku masa ketiga, sementara KKBS hanya menang pada suku masa kedua dengan jaringan 10-8.

Satu lagi perlawanan sengit hari ini adalah antara MOD dengan KHEU apabila hanya dua gol memisahkan antara keduanya, yang menyaksikan MOD menang 30-28. KHEU menang suku masa pertama 9-7 tetapi MOD menang suku masa kedua dengan jaringan 10-6 untuk mata terkumpul MOD mendahului 17-15.

Suku masa ketiga MOD menang 5-4 untuk terus mendahului 22-19 tetapi KHEU memenangi suku masa keempat 9-8 untuk keputusan muktamad tetap memihak kepada MOD 30-28.

ARTIKEL YANG SAMA