Bola jaring PSKK kembali

Bola jaring PSKK kembali

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Kementerian Pendidikan yang muncul juara bertahan Bola Jaring Sukan Kementerian-Kementerian (PSKK) Ke-21 tahun lalu, akan menerajui Kumpulan A acara ini kali ini.

Pasukan Kementerian Pendidikan bersama pasukan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Perhubungan, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Agama.

Sementara itu, Pasukan Kementerian Pertahanan yang menyaingi juara bertahan itu tahun lalu ditempatkan dalam kumpulan B bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perdana Menteri.

Penetapan pasukan dibuat hari ini dalam satu majlis mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan Kementerian-Kementerian Ke-22 di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Negara Sultan Hassanal Bolkiah Berakas.

Pengerusi Mesyuarat hari ini menyampaikan taklimatnya.
Pengerusi Mesyuarat hari ini menyampaikan taklimatnya.

pg20_150502_b

Mempengerusikan mesyuarat itu hari ini adalah Naib Presiden Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam, Kolonel (B) Hajah Wan Shalimah binti Haji Suhaili yang turut menyampaikan taklimat mengenai format dan corak pertandingan yang bakal bermula 4 Mei ini dan dijangka berakhir pada 7 Mei nanti.

Sebanyak 12 perlawanan akan membuka tirai hari pertama antaranya pertemuan juara bertahan Kementerian Pendidikan melawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan naib juara tahun lalu, Kementerian Pertahanan akan menentang Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama.

Perwakilan kementerian mencabut undi penetapan kumpulan.
Perwakilan kementerian mencabut undi penetapan kumpulan.

pg20_150502_c

Dalam Kumpulan A juga berlangsung perlawanan antara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan menentang Kementerian Perhubungan, Kementerian Pembangunan akan berhadapan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan menentang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri melawan Kementerian Pembangunan dan Kementerian Perhubungan menentang Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dalam Kumpulan B pula, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan berhadapan pasukan Kementerian Pertahanan dan pasukan Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan pula akan melayani pasukan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perdana Menteri.

Perlawanan terakhir hari pertama akan menyaksikan pasukan Kementerian Pertahanan menentang pasukan Jabatan Perdana Menteri.

ARTIKEL YANG SAMA