Bola jaring sempena Sambutan Hari Guru ke-26

Bola jaring sempena Sambutan Hari Guru ke-26

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Pasukan Kluster 3 dan Kluster 4 tampil johan dalam kategori masing-masing pada Kejohanan Bola Jaring ‘Terima kasih Cikgu’ sempena dengan Sambutan Hari Guru ke-26 di Sekolah Sukan, Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah adalah Isteri Menteri Pendidikan, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman.

Pasukan Kluster 3 tampil gah dalam Bahagian Beginners apabila membenam Pasukan Kluster 4 dengan jaringan 17–26, sementara Bahagian Terbuka pula dimenangi oleh Pasukan Kluster 4 yang menewaskan IPT dalam perlawanan sengit yang berakhir dengan mata 23–26.

Pada peringkat separuh akhir, Pasukan Kluster 3 selaku johan Kumpulan B menewaskan naib johan Kumpulan A, Kluster 5 yang akhirnya terpaksa akur di tempat keempat setelah tewas di tangan Pasukan Kluster 1.

Gambar ramai bersama yang terlibat dalam kejohanan tersebut. – Gambar JPKK
Gambar ramai bersama yang terlibat dalam kejohanan tersebut. – Gambar JPKK

Sementara itu, di dalam Bahagian Terbuka pula, Pasukan Kluster 4 tampil johan Kumpulan B yang menewaskan Pasukan Kluster 3 di peringkat separuh akhir, manakala tempat ketiga diraih oleh Pasukan Kluster 3.

Dalam Bahagian Beginners pula, pemain terbaik disandang oleh Siti Rayanah binti Haji Zakaria, manakala pemain tengah terbaik disandang oleh Pengiran Salimatul Sa’ada, pertahanan terbaik disandang oleh Hajah Fatin Anikah dan penjaring terbaik di sandang oleh Siti Aminah Alipin.

Manakala itu, dalam Bahagian Terbuka, pemain terbaik disandang oleh Dhia Shuhada binti Abdul Rahman, pemain tengah terbaik disandang oleh Angela Duai, pertahanan terbaik disandang oleh Lim Kim Bit dan penjaring terbaik pula disandang oleh Hajah Masriatol Zuraifah binti Haji Sajali.

Pemain paling berharga kejohanan pula disandang oleh Timah Ulat dan kerja berpasukan terbaik disandang oleh Pasukan Beginners Jabatan Pengajian Islam.

ARTIKEL YANG SAMA