Bola sepak amal AKSE 13 Jun ini

Bola sepak amal AKSE 13 Jun ini

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Perlawanan Amal Bolasepak 3-Penjuru anjuran Persatuan Angkatan Kampong Setia (AKSE) akan membuka tirainya pada 13 Jun 2015 ini bermula jam 8 malam di Padang Bola Sepak Kompleks Sukan Sungai Kebun.

Tiba buah pasukan yang akan turun beraksi bagi merebut Piala Rebutan kejohanan amal berkenaan, yang telah disediakan oleh pihak penganjur ialah AKSE Veteran, AKSE Management dan AKSE Junior.

Perlawanan pembukaan pada malam 13 Jun itu nanti akan menyaksikan pertembungan di antara dua generasi berbeza iaitu AKSE Veteran dengan AKSE Junior.

Sehubungan dengan Perlawanan Amal Bolasepak 3-Penjuru AKSE itu maka ketiga-tiga pengurus pasukan yang menyertai kejohanan itu telah pun mengadakan perjumpaan ke arah memastikan kelancaran berlangsungnya kejohanan itu nanti.

Semasa perjumpaan, Piala Rebutan kejohanan bola sepak amal berkenaan telah turut didedahkan buat pertama kalinya untuk tatapan bersama.

(Dari kanan) Pengurus AKSE, Pengurus AKSE Junior & Pengurus AKSE Veteran bergambar bersama Piala Rebutan Perlawanan Amal Bolasepak 3-Penjuru.
(Dari kanan) Pengurus AKSE, Pengurus AKSE Junior & Pengurus AKSE Veteran bergambar bersama Piala Rebutan Perlawanan Amal Bolasepak 3-Penjuru.

ARTIKEL YANG SAMA