Bola sepak temukan 55 sahabat lama

Bola sepak temukan 55 sahabat lama

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Selepas 15 tahun tidak berjumpa, rakan sepermainan bola sepak seramai 55 orang telah sepakat mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan sebagai meraikan pertemuan semula mereka.

Mereka yang terdiri daripada pemain berusia 45 tahun dan ke atas serta 50 tahun dan ke atas berkenaan telah mengadakan perlawanan persahabatan tersebut di padang bola sepak Mukim Lumapas.

Dengan berlangsungnya perlawanan persahabatan berkenaan tercapailah hasrat mereka untuk bertemu semula di atas padang bola sepak, bermain sukan yang telah mempertemukan mereka 15 tahun yang lampau.

Adapun tujuan utama perlawanan persahabatan itu diadakan adalah bagi menyambung semula ikatan silaturahim yang sudah lama terjalin menerusi sukan bola sepak sekali gus menerapkan gaya hidup sihat di kalangan mereka.

Rakan-rakan sepermainan bola sepak yang sudah 15 tahun tidak bermain bersama mencapai hasrat mereka untuk bermain bersama lagi.
Rakan-rakan sepermainan bola sepak yang sudah 15 tahun tidak bermain bersama mencapai hasrat mereka untuk bermain bersama lagi.

ARTIKEL YANG SAMA