Bola sepak veteran diteruskan

Bola sepak veteran diteruskan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Minggu in menyaksikan empat lagi perlawanan berlangsung dalam merebut Piala Presiden DST Persatuan Bola Sepak Veteran tahun 2016 yang berlangsung pada 23 dan 25 Mei yang lalu.

Pada 23 Mei menyaksikan Pasukan MPK PB menang besar ke atas Pasukan B.O.B 6-2 dan jaringan MPK PB dijaringkan oleh Awangku Muhd Safuandi Shah (dua gol), Suhaili Abu Bakar (dua gol) dan Sharuni Haji Bungsu dan Roslan masing-masing dengan satu gol setiap seorang.

Perlawanan berkenaan menyaksikan Pasukan BOB turut cuba memberikan tentangan namun akhirnya terpaksa menerima kekalahan kepada MPK PB namun berjaya membolosi gawang MPK PB sebanyak dua kali melalui Chua Kim Kok dan Jefrey Haji Ali Ahmad. Sementara itu, semalam berlangsung tiga perlawanan antaranya melibatkan Pasukan XN FT yang menang ke atas KPPKSK dengan jaringan 4-1 dan jaringan XN FT dijaringkan oleh Rosli Ahad dan Suni Mat Jerah yang masing-masing dengan dua gol setiap seorang dan gol sagu hati MPPKSK pula dijaringkan oleh Damit Haji Tahir.

MIISA United FC pula terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Pasukan Mohais FC dengan jaringan 2-5, jaringan Mohais dijaringkan Pengiran Zulkifli Pengiran Salleh, Dini Gendra Md Idris, Sharin Baar dan dua jaringan Mohd Azmi Haji Masir dan jua gol MIISA pula dijaringkan Salleh Haji Razak dan Sahari Haji Hashim.

Pasukan XNFT bergambar ramai ketika menentang Pasukan KPPKSK, di Padang Bolkiah Kem, Mini Stadium.
Pasukan XNFT bergambar ramai ketika menentang Pasukan KPPKSK, di Padang Bolkiah Kem, Mini Stadium.
Perlawanan Piala Presiden antara Pasukan XN FT (kuning biru) dengan Pasukan KPPKS di Padang Bolkiah Kem, Mini Stadium.
Perlawanan Piala Presiden antara Pasukan XN FT (kuning biru) dengan Pasukan KPPKS di Padang Bolkiah Kem, Mini Stadium.

Perlawanan terakhir menyaksikan MIX FC menang ke atas Pasukan Oldstars.

ARTIKEL YANG SAMA