Boling Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Boling Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Sebanyak 14 buah pasukan beraksi untuk menentukan juara Acara Tenpin Boling Pesta Sukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-jabatannya yang berlangsung di MegaStrike Bowling Centre, The Airport Mall, Berakas, hari ini.

Hadir pada majlis berkenaan dan merasmikan pertandingan itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Muhd Sunadi bin Haji Buntar.

Pertandingan itu selain dihasratkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya, ia juga dihasratkan untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui kegiatan sukan dan riadah.

Haji Muhd Sunadi tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.
Haji Muhd Sunadi tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA