Boling Merdeka PKMS

Boling Merdeka PKMS

Oleh Abdul Hakim Yusof

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) malam tadi menganjurkan acara Boling Merdeka sebagai salah satu usaha untuk merapatkan silaturahim dalam kalangan warga Malaysia yang menetap dan bekerja di negara ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman yang seterusnya turut menyertai pertandingan dalam satu pasukan VIP bersama dengan Yang Di-Pertua PKMS, Haji Azaman bin Haji Sulaiman dan Penasihat PKMS, Dr. Haji Abdul Kadir bin Ariffen.

Sebanyak 10 buah pasukan, terdiri daripada ahli-ahli PKMS dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam bersama ahli keluarga menyertai pertandingan di Utama Bowling itu.

Datuk Ghulam Jelani bergambar ramai bersama ahli-ahli PKMS yang menyertai acara Boling Merdeka, kelmarin.
Datuk Ghulam Jelani bergambar ramai bersama ahli-ahli PKMS yang menyertai acara Boling Merdeka, kelmarin.

Pasukan Perak Be.. muncul juara dengan kutipan jumlah 1,269 jatuhan pin, diikuti dengan Pasukan VIP yang mengutip jumlah 1,222 jatuhan pin manakala Pasukan Anak Malaysia (1,211 jatuhan pin) dan Pasukan Boh Aja (1,086) masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Dalam kategori individu, johan dimenangi oleh Haji Helmee bin Mazalan dengan 544 jatuhan pin, diikuti oleh Dr. Haji Abdul Kadir di tempat kedua dengan 483 jatuhan pin dan Haji Azaman di tempat ketiga dengan 448 jatuhan pin.