Bolivia cuba elak ‘godaan’ Messi

Bolivia cuba elak ‘godaan’ Messi

CORDOBA, Argentina, 29 Mac (Reuters) – Bolivia akan cuba mengelak godaan untuk hanya memberi tumpuan menjaga penyerang Barcelona, Lionel Messi apabila bertandang ke Argentina untuk kelayakan Piala Dunia 2018 esok.

“Tidak akan ada tumpuan khas untuk Messi,” kata pengendali Bolivia Julio CesarBaldiviseo yang mula dikecam selepas kekalahan 3-2 di tangan Colombia Selasa lalu.

“Bola sepak dimainkan 11 lawan 11 dan kami satu pasukan. Bermain menentang pasukan terbaik dunia sudah menyuntik semangat buat pemain-pemain.”

Bolivia rata-rata dibarisi pemain yang berpangkalan di negara itu dengan hanya empat pemain beraksi di kelab-kelab di Amerika Syarikat, Israel, Kuwait dan Sweden.

Lionel Messi (kanan) dan Sergio Aguero semasa menjalani latihan di Ezeiza, Buenos Aires, sebelum menentang Bolivia untuk aksi kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan. – AFP
Lionel Messi (kanan) dan Sergio Aguero semasa menjalani latihan di Ezeiza, Buenos Aires, sebelum menentang Bolivia untuk aksi kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan. – AFP

Argentina, naib juara Piala Dunia 2014, menewaskan Bolivia 5-0 dan 7-0 dalam dua aksi persahabatan tahun lalu.

Pasukan tuan rumah itu perlu mencari gandingan baru bek tengah selepas pemain Manchester City, Nicolas Otamendi dan Ramiro Funes Mori dari Everton digantung perlawanan kerana mengutip kad kuning ketika kemenangan 2-1 ke atas Chile.

Bolivia kini di tangga kedua tercorot dalam kumpulan 10 negara Amerika Selatan dengan tiga mata dikutip daripada lima perlawanan.

Pendahulu Ecuador mengumpul 13 mata dan Argentina di tangga kelima dengan lapan mata. Empat pasukan terbaik selepas 18 perlawanan layak mara ke final manakala penghuni tangga kelima memasuki pusingan playoff antara benua.

ARTIKEL YANG SAMA