Bolivia kejutkan Ecuador

Bolivia kejutkan Ecuador

VALPARAISO, 16 Jun (AFP) – Bolivia merakam kemenangan pertama pada saingan Copa America sejak 1997 apabila mengejutkan Ecuador 3-2, awal pagi tadi.

Bolivia yang tidak pernah memenangi kejohanan itu di negara luar sejak 1995, menguasai separuh masa pertama meskipun Ecuador bangkit pada babak kedua, sekali gus meletakkan lawannya itu di ambang penyingkiran dari Kumpulan A.

Bolivia mengesahkan kemenangan mereka menerusi jaringan seawal minit ke-5 menerusi kapten veteran mereka, Ronald Raldes ketika Ecuador masih tercari-cari rentak permainan.

Gol kedua Bolivia menerusi tandukan pemain tengah kelahiran Sweden, Martin Smedberg-Dalence pada minit ke-18.

Midfield Ecuador, Renato Ibarra (kanan) terjatuh selepas dicabar oleh midfield Bolivia, Danny Bejarano (kiri) dalam aksi Copa America di Valparaiso, semalam. – AFP
Midfield Ecuador, Renato Ibarra (kanan) terjatuh selepas dicabar oleh midfield Bolivia, Danny Bejarano (kiri) dalam aksi Copa America di Valparaiso, semalam. – AFP

Penyerang yang beraksi di liga China, Marcelo Martins kemudian menjadikan kedudukan 3-0 dengan menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-43.

Masuk babak kedua, Ecuador cuba bangkit menerusi jaringan penyerang West Ham, Enner Valencia pada minit ke-48 manakala pada minit ke-82 Miller Bolanos meledak dari jarak 25 ela untuk mengukuhkan kedudukan.