Bolt alami kecederaan hamstring

Bolt alami kecederaan hamstring

KINGSTON, JAMAICA, 17 Mei (AFP) – Bintang pecut Jamaica, Usain Bolt kini menjalani rawatan di Jerman dan digambarkan oleh jurulatihnya sebagai ‘kecederaan hamstring teruk’ ekoran perlumbaan pertamanya musim ini.

Jurulatihnya, Glen Mills, berkata juara dua kali Olimpik 100 meter (m) dan 200m itu mengalami kecederaan hamstring pada Sabtu lalu ketika beraksi di Jemputan Cayman.

Bolt merakam 10.05 s untuk menjuarai 100m, mengatasi Dentarius Locke dari Amerika dan rakan sepelatih, Kemar Bailey-Cole.

“Kalau kamu perasan pada perlumbaan itu mukanya berkerut daripada awal hingga tamat,” Mill memberitahu stesen radio Jamaica Hitz 92fm, semalam.

Kecederaan Bolt tidak menghalang pemegang rekod dunia itu daripada berlumba di Ostrava, Republik Czech, Jumaat ini, kata Mills.

Juara dua kali Olimpik 100 meter (m) dan 200m itu mengalami kecederaan hamstring pada Sabtu lalu ketika beraksi di Jemputan Cayman. – AFP
Juara dua kali Olimpik 100 meter (m) dan 200m itu mengalami kecederaan hamstring pada Sabtu lalu ketika beraksi di Jemputan Cayman. – AFP

Bolt sedang dirawat oleh Hans-Wilhelm Muller-Wohlfahrt, doktor berpangkalan di Munich, yang pernah merawat atlet itu selama bertahun-tahun.

Bercakap pada perlumbaan Sabtu lalu, Bolt yang meletakkan sasaran meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam acara 100m, 200, dan 4x100m di Sukan Olimpik Ogos ini, berkata dia lega dapat kembali pada perlumbaan pembukaan yang tidak menjejaskan persiapannya.

“Ia bukan yang terbaik, tetapi selagi saya bebas daripada kecederaan, itu adalah perkara paling utama,” kata Bolt. – AFP

“Saya dapat rasakan ia tidak berjalan lancar sebagaimana saya mahukan, tetapi saya sentiasa berkata, amat sukar untuk tampil pada perlumbaan pertama dan melakukan yang lebih baik.

“Saya tidak pernah bimbang. Saya pernah berada dalam keadaan yang lebih teruk. Saya boleh katakan.”