Bolt berentap di London 24 Julai ini

Bolt berentap di London 24 Julai ini

LONDON, 12 Julai (AFP) – Pelari pecut terpantas dunia Usain Bolt akan kembali ke Stadium Olimpik London, di sini, bagi menyertai Kejohanan Liga Berlian, pada 24 Julai.

Sebelum itu, masalah kecederaan kaki kiri menyebabkan pelari ini menarik diri dari saingan di Paris bulan lalu dan Lausanne kelmarin. Kali terakhir dia berlumba adalah di New York menerusi acara 200 meter yang disifatkan atlet itu sebagai ‘sangat teruk’.

Bolt mencatatkan masa 20.29 saat hanya kurang sesaat terlambat berbanding rekod dunia miliknya, 19.19 pada saingan itu.

London mengambil tempat sebagai penganjur, tiga tahun selepas Bolt memenangi tiga pingat emas di Stadium Olimpik menerusi acara 100, 200 dan 4X100 meter lari berganti-ganti.

Pengumuman penyertaan Bolt ini, genap dua hari selepas Ketua Perbendaharaan British, Geroge Osborne mengambil keputusan, atlet asing yang mengambil bahagian pada Liga Berlian tidak akan dikenakan cukai sepanjang acara selama dua hari itu.

Usain Bolt akan menyertai Kejohanan Liga Berlian di London 24 Julai. – Reuters
Usain Bolt akan menyertai Kejohanan Liga Berlian di London 24 Julai. – Reuters

Bintang Jamaica itu sedang berusaha untuk memenangi emas ketiga dalam acara pecut 100 meter (m) dan keempat dalam acara 200m pada kejohanan yang dijadualkan pada 22 hingga 30 Ogos di Beijing. Semasa ketiadaan Bolt, Gatlin mendominasi Liga Berlian musim lepas dan menamatkan tahun lalu sebagai pelari 100m dan 200m paling pantas dengan catatan peribadi terbaik 9.77 saat (s) dan 19.68s.

Selain memegang rekod dunia dalam acara 100m dan 200m, Bolt turut menguasai pentas Olimpik dengan memenangi kejuaraan sama pada edisi 2008 dan 2012.

Selepas lebih banyak berehat sepanjang tahun lalu akibat kecederaan, pelari pecut berusia 28 tahun itu berkata dia sedang berusaha mencatat masa terbaiknya musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA