Bolt dalam laluan ke Olimpik

Bolt dalam laluan ke Olimpik

KINGSTON, Jamaica, 1 Julai (AP) – Usain Bolt meluangkan masa beberapa minit di atas kawasan berumput Stadium Kebangsaan selepas perlumbaannya semalam, yang membolehkannya melalui beberapa larian perlahan.

Ia adalah penamat yang mudah kepada malam yang menarik.

Secara rasmi memulakan pemburuannya bagi pingat emas Olimpik ketiga berturut–turut dalam 100 meter, Bolt mara menerusi suku akhir di Kejohanan Jamaica National Senior yang bertindak sebagai percubaan negaranya untuk menentukan siapa yang mara ke Sukan Rio pada Ogos depan.

Tidak seorang pun memenangi tiga pingat emas dalam 100 meter, yang boleh dilakukan Bolt dan Shelly-Ann Fraser-Pryce di Rio. Mereka adalah di antara pilihan untuk layak bagi pasukan malam ini, apabila persaingan separuh akhir 100 meter dan akhir diadakan masing-masing dalam tempoh dua jam bagi lelaki dan wanita. Pelari kelayakan 200 meter adalah esok dan separuh akhir dan akhir pada acara itu diadakan apabila perlumbaan berakhir pada Ahad ini.

Bolt melengkapkan persaingan suku akhir dalam larian biasa baginya dengan masa catatan 10.15 saat. Fraser-Pryce memenangi suku akhir dalam masa catatan 11.38 saat.

Usain Bolt ketika membuat larian di saingan suku akhir Kejohanan Jamaica National Senior. – AFP
Usain Bolt ketika membuat larian di saingan suku akhir Kejohanan Jamaica National Senior. – AFP

“Ia adalah mengenai kemaraan,” kata bintang pecut dari Jamaica, Veronica Campbell-Brown.

Benar. Semalam adalah lebih dari latihan bagi Bolt dan pelari terbaik Jamaica yang lain. Dia menukar pakaian selepas perlumbaannya, meninggalkan kerusi plastik putih tanpa bercakap dan menuju ke tempat berdekatan bagi mendapatkan penerangan ringkas yang diselangi dengan bergambar bersama peminat begitu juga dengan sebahagian anggota polis. Ketika dia berjalan kembali ke litar dan sehingga malam, lagu berkumandang menerusi alat pembesar suara stadium.

“Mi nah falla nobody,” adalah liriknya.

Walaupun apabila menterjemahkan lirik dari bahasa Patois kepada bahasa Inggeris, mesej tersebut adalah jelas.

Tidak, Bolt tidak mengikuti mana–mana orang, dan tidak merancang melakukannya pada bila–bila masa. Dia tidak begitu pantas malam semalam yang mana pujian adalah kepada Nickel Ahsmeade, yang memenangi hit dengan masa catatan 10.07 saat, walaupun tidak seorang pun melabelnya sebagai pilihan bagi Jumaat.

Perkara kesilapan yang dilakukan Bolt hampir membawa masalah adalah permulaan salah dalam heat, walaupun ia tidak dilihat menjejaskannya. Nama–nama litar terbesar Jamaica, Bolt, Fraser-Pryce, Campbell-Brown, Yohan Blake dan Asafa Powell semuanya mata ke suku akhir dengan mudah.

ARTIKEL YANG SAMA