Bolt dapatkan rawatan doktor terbaik

Bolt dapatkan rawatan doktor terbaik

BERLIN, 2 Julai (AFP) – Bintang pecut, Usain Bolt berada di Munich semalam, bagi mendapatkan rawatan dari doktor terkenal, Hans-Wilhelm Mueller-Wolfhart dalam usaha untuk menyembuhkan kecederaan pelvisnya sebelum kejohanan atletik dunia pada Ogos depan.

Juara dunia dan Olimpik 100m dan 200m itu menarik diri dari persaingan Diamond League pada Sabtu ini di Paris dan pada 9 Julai di Lausanne ketika dia bergelut bagi kecergasan.

Bolt mederita dengan kecederaan sacroiliac yang tersumbat di bahagian pelvis dengan memberi kesan ke atas kaki kirinya dan kecederaan itu memaksanya keluar dari kejohanan Jamaica minggu lalu.

Matlamatnya sekarang adalah untuk kembali cergas bagi kejohanan dunia di Beijing bermula 22-30 Ogos ketika dia mula bertugas bersama Mueller-Wohlfahrt, doktor pasukan kepada pasukan bola sepak yang memenangi Piala Dunia, Jerman, yang merawat Bolt sepanjang kerjayanya.

“Dia adalah doktor terbaik di dunia dan hebat,” kata Bolt mengenai doktor dari Jerman itu, 72, yang mempunyai beberapa pesakit terkenal.

Usain Bolt dapatkan rawatan doktor terbaik untuk kembali beraksi. – AFP
Usain Bolt dapatkan rawatan doktor terbaik untuk kembali beraksi. – AFP

“Dia telah merawat otot saya, tetapi dia adalah lebih dari seorang doktor bagi saya,” tambah Bolt yang mencatatkan rekod dunia 100m dan 200m pada 2009 di Berlin.

Pelepasan dari Paris dan Lausanne adalah kekecewaan terbaru bagi pelari itu, 28, yang tidak melengkapkan musim penuh sejak 2013, apabila dia memenangi tiga pingat emas dalam kejohanan dunia Moscow, dalam relay 100m, 200m dan 4x100m relay.

Setakat tahun ini dia mengendalikan perlumbaan 100m di Rio de Janeiro dan tiga perlumbaan 200m yang mencatatkan perkiraan masa yang biasa.