Bolt, Gatlin bertemu lagi

Bolt, Gatlin bertemu lagi

BEIJING, 26 Ogos (AFP) – Usain Bolt dan Justlin Gatlin menjadi tumpuan persaingan acara 200m dan juara Olimpik Kirani James pula akan berusaha merebut pingat emas dalam acara 400m lelaki pada kejohanan dunia esok.

Bolt dan Gatlin mara ke separuh akhir 200m dan pelari berbadan tinggi dari Jamaica itu yakin selepas kemenangan 100m ke atas Gatlin Ahad lalu selepas pelari AS itu melalui dua pengharaman dadah.

“Saya selalu menjadi lelaki yang berkeyakinan,” kata juara Olimpik enam kali dan pemegang rekod dunia itu apabila ditanya sama ada dia akan menewaskan Gatlin sekali lagi dalam persaingan akhir di Beijing esok.

“Saya tahu 200m akan menjadi sukar kerana saya tidak berada dalam kecergasan terbaik,” tambah Bolt, yang bergelut dengan kesakitan pelvis awal musim.

“Semua tahu 200m lebih bermakna bagi saya berbanding 100m.

Gatlin (kiri) dan Bolt (kanan) sekali lagi menjadi tumpuan untuk acara final 200m di Beijing hari ini. – Reuters
Gatlin (kiri) dan Bolt (kanan) sekali lagi menjadi tumpuan untuk acara final 200m di Beijing hari ini. – Reuters

Jadi saya akan cuba untuk melalui pusingan dengan selesa dan menggunakan sedikit tenaga yang mungkin,” katanya.

James akan menambah pingat emas dunia dalam gelaran Olimpik 400m tetapi dalam keadaan yang dilihat sebagai mengerikan, dia akan ditekan oleh pesaing termasuk juara bertahan LaShawn Merritt.

Mo Farah dari Britain, yang memenangi 10,000m Sabtu lalu, akan memulakan percubaan larian jarak jauh apabila membuat larian dalam saringan 5,000m pada sesi pagi di stadium Sarang Burung.

Saringan 200m wanita kehilangan pemenang 100m Shelly-Ann Fraser-Pryce dan Allyson Felix dari AS, yang memilih untuk tidak menyertainya, sekali gus menjadikan persaingan terbuka luas.

Pelari dari Jamaica, Veronica Campbell-Brown akan menikmati peluang keemasan itu walaupun rakan senegara Elaine Thompson yang juga juara Sukan Komanwel dari Nigeria, Blessing Okagbare dan pemenang pingat perak 100m dari Belanda, Dafne Schipper pasti akan menyerlah.

Persaingan lain hari ini melibatkan lompat galah wanita, lompat pagar 400m dan 3,000m berhalangan, begitu juga dengan rejam lembing lelaki.