Bolt hanya mahu pertahankan legasi

Bolt hanya mahu pertahankan legasi

KINGSTON, Jamaica, 14 Sept – Usain Bolt menyuarakan hasrat untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) dan 200 meter (m) pada Kejohanan Dunia tahun depan, bagi mempertahankan legasinya dan bukan memecahkan sebarang rekod dunia.

Beliau berkata, perancangannya ketika ini adalah untuk hanya bersaing dalam acara 100m di London, namun jurulatihnya mempunyai pendapat berlainan.

“Itu perancangannya tetapi saya mahu perlu membincangkannya dengan jurulatih.

“(Glen Mills) masih mahu saya menyertai kedua-duanya tetapi saya memberitahu yang saya hanya ingin menyertai 100m, jadi pada awal musim nanti kami akan menentukannya (acara yang perlu diberi keutamaan).”

Pelari pecut dari Jamaica itu menutup tirai kariernya di Sukan Olimpik dengan tiga pingat emas untuk kali ketiga berturut-turut.

Gambar fail – Usain Bolt ketika bersaing dalam acara 4x100m pada Sukan Olimpik Rio bulan lepas. – AFP
Gambar fail – Usain Bolt ketika bersaing dalam acara 4x100m pada Sukan Olimpik Rio bulan lepas. – AFP

Bolt memiliki tiket wild card untuk acara 100m dan 200m di Kejohanan Dunia yang dijadual berlangsung pada 5 hingga 13 Ogos tahun depan selepas memenangi kedua-dua acara itu tahun lalu di Beijing.

Namun Bolt, yang mencipta rekod dunia dalam acara 100 dan 200m dengan catatan masing-masing 9.58 dan 19.19 pada tahun 2009 berkata, dia tidak mempunyai perancangan untuk memperbaiki kedua-dua catatan masa itu.

“Saya hanya mahu menyertai Kejohanan Dunia, melakukan yang terbaik seperti biasa dan kekal berada di tahap tertentu,” katanya.

Pelari pecut dari Jamaica itu menutup tirai kariernya di Sukan Olimpik dengan tiga pingat emas untuk kali ketiga berturut-turut. – AP

ARTIKEL YANG SAMA