Bolt idam rekod bawah 19s 200 meter

Bolt idam rekod bawah 19s 200 meter

LONDON, 14 Okt – Juara Olimpik enam kali, Usain Bolt mula membuat persiapan menjelang temasya di Rio tahun depan, malah turut melaungkan amaran kepada pesaing-pesaingnya untuk memecah rekod 19 saat dalam acara 200 meter.

Bolt mencatat sejarah olahraga dunia apabila mencatat 19.19 saat acara 200 meter yang dilakar pada 20 Ogos 2009, empat hari selepas dia merakam rekod 9.58 saat dalam acara 100 meter ketika aksi Kejuaraan Dunia di Berlin.

“Saya memang mengimpikan untuk mencatat rekod bawah 19 saat. Ia adalah sasaran utama saya.

“Saya sedar ia adalah sesuatu yang sukar bagi mencari hari yang sesuai dan kadang-kala larian yang sempurna untuk rekod 200 meter ini.

“Tetapi secara peribadi saya yakin boleh melakukannya, malah jurulatih saya juga (Glen Mills) turut menaruh kepercayaan bahawa 2016 adalah masa yang sesuai,” jelas Bolt. – Agensi

Usain Bolt. – Reuters
Usain Bolt. – Reuters