Bolt inspirasi kejayaan McLeod

Bolt inspirasi kejayaan McLeod

RIO DE JANEIRO, 17 Ogos – Jamaica mendedahkan pelari pecut sensasi yang baru ketika Omar McLeod memenangi acara berhalangan 110m Olimpik Rio semalam.

McLeod, 22, mendahului perlumbaan berhalangan dari mula hingga penamat dan mencatatkan masa 13.05saat. Pelari kelahiran Cuba, Orlando Ortega dari Sepanyol memenangi pingat perak dan Dimitri Bascou dari Perancis memenangi pingat gangsa.

McLeod berkata inspirasi datang dari pelari senegara, Usain Bolt, juara 100m yang baru beraksi dalam acara 200m separuh akhir semalam, dan Shelly-Ann Fraser-Pryce, memenangi pingat gangsa dalam 100m.

‘Anda melihatnya, mereka keluar dan berseronok dan mewakili diri dan negara mereka dan mereka menang, dan anda hanya mahu keluar dan melakukan perkara yang sama,’ kata McLeod.

pg24_160818_olympic logo

Reaksi Omar McLeod (empat kanan) semasa beliau melintasi garisan penamat untuk memenangi Larian Berpagar Lelaki 110m peringkat akhir di Sukan Olimpik Rio 2016 di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro. – AFP
Reaksi Omar McLeod (empat kanan) semasa beliau melintasi garisan penamat untuk memenangi Larian Berpagar Lelaki 110m peringkat akhir di Sukan Olimpik Rio 2016 di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro. – AFP

“Sejujurnya ia berjangkit. Anda hanya mahu merasakan bagaimana rasanya. Perasaan tersebut sukar dibayangkan. Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam minda saya sekarang. Saya perlu kembali dan membacanya berulang kali, dengan berkata “anda adalah juara Olimpik.”

Untuk menjadi juara, dia perlu perlahan sedikit. Dia terlalu pantas bagi kebaikannya kadangkala, dan menghampiri penghalang mungkin sedikit laju. Dia mengingatinya kembali, mencatatkan masa dan kaden dan ia membawa kepada masa pantas-13.05 saat, yang mana adalah 0.12 saat lebih pantas berbanding Ortega.

‘Saya belajar mengenai kesabaran,’ kata McLeod, yang mana adalah keenam pada kejohanan dunia pada musim panas lalu di Beijing. ‘Saya sejujurnya beraksi dengan selamat. Saya menyimpan banyak. Apa yang saya perlu lakukan, sejujurnya adalah halangan.’ – AFP

ARTIKEL YANG SAMA