Bolt kekal terpantas dunia

Bolt kekal terpantas dunia

BEIJING, 23 Ogos (Reuters) – Pelari pecut Jamaica Usain Bolt menang kejuaraan larian 100 meter kejohanan dunia di Beijing hari ini, dengan mencatat masa 9.79 saat bagi mengekalkan statusnya sebagai lelaki terpantas di planet ini.

Pelari Amerika Justin Gatlin, pelari pecut yang dalam keadaan terbaik sejak dua tahun kebelakangan, meraih tempat kedua dengan catatan masa 9.80 saat untuk perak, sementara pelari Kanada Andre de Grasse dan pelari Amerika Trayvon Bromell melintasi garisan penamat bersama bagi meraih tempat ketiga dengan masa 9.92 saat.

Bolt, juara bertahan OIimpik kini belum lagi ditewaskan dalam larian 100 meter atau 200 meter dalam enam kejohanan global utama sejak 2007, walaupun disingkirkan pada perlumbaan pendek di kejohanan dunia Deagu pada 2011.

Pelari pecut 29 tahun itu akan meneruskan lariannya dalam acara 200 meter yang dijadualkan pada hari Khamis, yang mana Beijing merupakan tempat bermula kejayaannya pada 2008.

Bolt ketika meraikan kemenangan larian 100 meternya semalam. – Reuters
Bolt ketika meraikan kemenangan larian 100 meternya semalam. – Reuters