Bolt kekal terpantas

Bolt kekal terpantas

RIO DE JENEIRO, 15 Ogos – Usain Bolt mengekalkan takhtanya sebagai lelaki terpantas dunia dalam acara 100 meter (m) lelaki di Olimpik Rio dengan catatan masa 9.81 saat, emas Olimpik ketiga berturut-turut miliknya.

Dalam malam yang diselubungi drama, Bolt memecut memintas saingan terdekatnya Justin Gatlin dari Amerika Syarikat yang selama ini tercemar dengan isu dadah.

Kemenangan itu menjadikan pelari pecut itu semakin hampir untuk meraih satu lagi sejarah Olimpik iaitu pingat ketiga untuk tiga Olimpik berturut-turut bagi acara 100m, 200m dan 4x100m berganti-ganti.

pg24_160816_olympic logo

Usain Bolt melakukan gaya kemenangannya. – AFP
Usain Bolt melakukan gaya kemenangannya. – AFP

“Ada orang kata saya boleh menjadi kekal abadi. Dua lagi pingat untuk diraih dan saya boleh berhenti,” ujar Bolt.

Ia menjadikan Bolt, 29, satu-satunya pelari pecut yang menyapu semua tiga emas dalam tiga temasya Olimpik berturut-turut.

Dalam acara larian tersebut, pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin menang perak (9.89s) dan pelari Kanada, Andre de Grasse (9.91s) memperoleh gangsa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA