Bolt kembali gegar Ostrava

Bolt kembali gegar Ostrava

PRAGUE, 1 Mei (AFP) – Legenda pecut Jamaica, Usain Bolt akan menyertai acara 200 meter temasya Golden Spike Ostrava pada 26 Mei, umum penganjur.

Juara dunia dan Olimpik yang juga pemegang rekod dunia acara 100 dan 200 meter, akan membuat penampilan ketujuh di Ostrava selepas dilarang beraksi dua tahun di Republik Czech sebelum ini. Bintang berusia 30 tahun itu tidak pernah tewas di Ostrava.

“Kali pertama saya bertanding di Ostrava pada 2006 dan saya seronok bermain di sini sambil disaksikan kelompok peminat yang fanatik,” kata Bolt.

pg21_150502_d

“Tahun ini akan menjadi aksi ketujuh buat saya di temasya Golden Spike dan kali ketiga dalam acara 200 meter. Saya mendapat tahu trek sudah diperbaiki khusus untuk temasya ini. Saya tidak sabar untuk beraksi.”

Bolt menjuarai acara 100 meter tiga kali antara 2009 dan 2012 selain turut menang acara yang jarang dipertandingkan, 300 meter pada 2010 dengan catatan 30.97, masa kedua terpantas dalam sejarah.

Temasya Ostrava tidak ada kena mengena dengan siri Liga Berlian tetapi ia mendapat sambutan hangat atlet terkemuka dunia.

ARTIKEL YANG SAMA