Bolt menang tanpa keyakinan

Bolt menang tanpa keyakinan

NEW YORK, 14 Jun (AFP) – Raja pecut Jamaica Usain Bolt perlu melakukan banyak usaha selepas mencatatkan kemenangan 20.29 saat yang tidak meyakinkan dalam persaingan 200m New York Diamond League semalam.

Walaupun dengan angin 2.8 meter sesaat, Bolt berkata dia bergelut dengan persembahan melibatkan “lencongan teruk sepanjang kerjayanya” walaupun dia berkata terlalu awal untuk membuat kesimpulan bagi Kejuaraan Dunia di Beijing pada Ogos. “Kerana saya telah berlatih dengan bagus, tetapi kemudian saya tiba dalam pertandingan dan tidak dapat melaksanakannya dengan tepat, ia membimbangkan saya,” kata Bolt.

“Saya merasa bagus. Segalanya berjalan lancar apabila saya berlari semalam, saya merasa gembira, jurulatih saya gembira – hanya tidak tahu apa yang berlaku hari ini. Saya perlu kembali menyelesaikannya.” Bolt berkata dia menyedari pada awal perlumbaan tidak begitu laju, tetapi “mengapa” masih terus tertanya-tanya. “Ia bukanlah fizikal dan permainan mental saya kuat.

“Dan apabila saya merasa bagus, saya selalu merasa yakin akan melakukan dengan baik, jadi saya akan keluar dari blok dan tidak pergi ke mana–mana. Hari ini dalah salah satu daripada hari–hari tersebut, saya rasa,” katanya.

Reaksi Usain Bolt selepas menang acara 200 meter di New York semalam. - Reuters
Reaksi Usain Bolt selepas menang acara 200 meter di New York semalam. – Reuters

Ini adalah perlumbaan pertama Bolt di New York sejak 2008, apabila dia memecahkan rekod dunia 100m buat kali pertama di litar Stadium Icahn yang sama di Randall Island.

Semalam, dia mendapati dirinya berazam untuk menang, melihat untuk memastikan dia mendapatkan kemenangan di depan rakan selatihan Zharnel Hughes dari Anguilla, yang berada di tempat kedua dengan 20.32saat dengan Julian Forte dari Jamaica di tempat ketiga dengan 20.46saat.

Bolt memegang rekod dunia 100m dengan 9.58saat dan rekod dunia 200m 19.19saat, kedua-duanya dicatatkan pada 2009. Dia memenangi 100m, 200m dan lari berganti-ganti 4x100m pada 2008 dan Olimpik 2012 tetapi tahun lepas menderita kecederaan kaki dan hamstring.