Bolt perlu kerja keras

Bolt perlu kerja keras

LONDON, 24 Julai – Usain Bolt kembali beraksi selepas rehat enam minggu akibat kecederaan dalam acara 100 meter pada malam pembukaan temasya Liga Diamond London hari ini dengan persoalan menyelubungi kesihatan dan prestasinya empat minggu selepas disingkirkan daripada Kejohanan Dunia di Beijing.

Seperti Mo Farah dan Jessica Ennis-Hill, bintang Britain Sukan Ulang Tahun dua hari, Bolt berharap dapat menemui sentuhan emas yang membawanya kepada pingat emas Olimpik di litar yang sama di timur London pada 2012.

Atlet Jamaica, 28, kali terakhir berlumba pada 13 Jun apabila bergelut untuk menewaskan rakan selatihannya yang berusia 19 tahun, rekrut Britain kelahiran Anguillan Zharnel Hughes, dalam acara 200 meter dalam kejohanan Liga Diamond New York.

Sejak itu, kedua-duanya telah menjalani rawatan untuk masalah pelvis daripada Dr Hans-Wilhelm Muller-Wohfahrt – doktor sukan Jerman berusia 72 tahun yang dikenali sebagai ‘Penyembuh Hans’ di mana senarai pelanggannya dalam beberapa tahun lalu termasuk Michael Jordan, Diego Maradona, Luciano Pavarotti dan Bono – dan telah meneruskan latihan di bawah jurulatih lama Glen Mills.

Usain Bolt tiba untuk menghadiri sidang akhbar di London semalam sebelum menyertai temasya Liga Diamond London. – AFP
Usain Bolt tiba untuk menghadiri sidang akhbar di London semalam sebelum menyertai temasya Liga Diamond London. – AFP

Dengan atlet Amerika Justin Gatlin pemimpin ranking dunia acara 100m dan 200m, Bolt perlu mengembalikan prestasi yang membawanya kepada pingat emas dalam set kedua acara Olimpik 100m, 200m dan 4X100m tiga tahun lalu.

Dia hanya berlari dalam satu perlumbaan 100m tahun ini dan menduduki tempat ke-60 dalam ranking dunia disebabkan masa 10.12 saat yang dicatatnya dalam acara yang dimenanginya di litar khas di Kelab Joki Rio de Janeiro 19 April lalu.

Bolt, pemegang rekod dunia dan juara bertahan dunia dalam acara 100m dan 200m, telah dilaporkan dalam akhbar Jamaica ‘mencatat keputusan yang baik’ di pusat latihan Eropah di Universiti Brunel di barat London tetapi dia menghadapi bukan satu tetapi dua ujian sebaik sahaja kembali, dengan acara saringan dijadualkan di Stadium Olimpik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA