Bolt sedia bersaing hingga Olimpik 2020

Bolt sedia bersaing hingga Olimpik 2020

KINGSTON, Jamaica, 26 Jan – Juara dunia, Usain Bolt sedia menimbangkan kemungkinan untuk melanjutkan tempoh kerjaya gemilangnya dalam acara pecut sehingga temasya Sukan Olimpik 2020.

Ketika ini atlet Jamaica itu sedang mengintai peluang untuk melakar rekod dunia baharu dalam acara 200 meter pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, tahun ini selepas unggul dengan enam pingat emas temasya itu sebelumnya.

Sebelum ini dia dilaporkan akan bersara selepas Kejohanan Dunia di London pada 2017.

Menerusi satu temubual di siaran televisyen Jamaica, pelari 29 tahun itu memberitahu jurulatihnya, Glen Mills bertegas betapa beliau mampu untuk terus berlari pada penyertaan keempat di Sukan Olimpik.

Lelaki terpantas dunia Usain Bolt sedia melanjutkan kerjaya dalam acara pecut hingga Sukan Olimpik 2020. – Reuters
Lelaki terpantas dunia Usain Bolt sedia melanjutkan kerjaya dalam acara pecut hingga Sukan Olimpik 2020. – Reuters

“Jurulatih berkata saya boleh pergi sehingga Olimpik 2020,” kata bintang pecut itu.

“Tetapi saya tidak katakan apa yang perlu saya buat. Jurulatih sentiasa menyuruh saya berhenti bercakap mengenai perkara ini dan lihat apa yang berlaku sepanjang dua tahun ini.”

“(Umur) 32, 33, 34 dan ia pastinya banyak kerja perlu dilakukan. Jika saya rasa saya mampu, sudah pasti saya akan cuba. Saya mahu bersara di pentas tertinggi.

“Saya tidak akan teruskan jika saya tahu saya tidak mampu untuk bekerja keras,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA