Bolt terus unggul

Bolt terus unggul

RIO DE JANEIRO, 19 Ogos – Usain Bolt memenangi pingat emas kedua Olimpik Rio, yang mengetepikan persaingan dalam pecut pilihannya 200m tetapi menyalahkan tubuh yang sudah ‘berusia’ bagi kehilangan rekod dunianya sendiri.

Kejayaan pelari dari Jamaica itu hadir ketika adik beradik Brownlee dari Britain mendominasi dalam trathlon untuk mengekalkan negara mereka didepan China dalam perebutan pingat. Kimia Alizadeh menjadi wanita Iran pertama yang memenangi pingat Olimpik dalam acara taekwondo.

Bolt, 29, mencatatkan masa 19.78 saat dalam 200m menewaskan Andre de Grasse dari Kanada dan Christopher Lemaitre dari Perancis. Sebelum perlumbaan Bolt berkata dia akan mencatatkan rekod dunia 19.19 saat dan masa catatannya terjejas dengan standard tepat dari Jamaica.

Dia menyatakan bahawa ketika masa mengejar tubuhnya dia mungkin tidak akan berlumba dalam 200m pada kejohanan dunia pada tahun depan di London.

pg24_160820_olympic logo

Dari Kiri, Christophe Lemaitre, Usain Bolt, Lashawn Merritt dan Andre De Grasse bersaing dalam acara 200m lelaki Final di Sukan Olimpik Rio 2016. - AFP
Dari Kiri, Christophe Lemaitre, Usain Bolt, Lashawn Merritt dan Andre De Grasse bersaing dalam acara 200m lelaki Final di Sukan Olimpik Rio 2016. – AFP

‘Saya tidak merasa gembira dengan masa, tubuh saya tidak memberikan tindak balas. Saya semakin tua dan tubuh saya semakin tua. “Secara peribadi saya rasa ini adalah acara 200 terakhir saya tetapi jurulatih saya mungkin melihat berbeza.”

Bolt menegaskan dia sudah cukup diletakkan disamping wira –wira terbaik Pele dan Muhammad Ali. ‘Saya cuba menjadi salah seorang yang terhebat. Menjadi diantara Ali dan Pele.

Kejayaan dalam relay 4x100m bersama Jamaica akan memberikannya “tiga kali ganda”- -penguasaan ketiga berturut–turut bagi pecut emas- -untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Olimpik. – AFP