Bolt tidak berentap lagi tahun ini

Bolt tidak berentap lagi tahun ini

PARIS, 8 Sept – Bintang pecut dunia, Usain Bolt tidak akan menyertai saingan penutup Liga Berlian di Brussels, pada Jumaat ini, bagi meraikan kejayaannya memenangi tiga emas pada Kejohanan Olahraga Dunia di Beijing, bulan lalu.

“Selepas berasa teruja dengan kemenangan pada kejohanan trek dan balapan di Beijing beberapa minggu lalu, saya mengambil keputusan untuk tidak bertanding lagi pada 2015,” katanya dalam menerusi akaun Facebook miliknya.

“Sebaliknya, saya sudah memikirkan mengenai persiapan tahun depan dan temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang mana saya akan mempertahankan kejuaraan 100 meter (m), 200m dan 4x100m. Saya akan menikmati rehat pendek daripada latihan untuk mendapat semula kesegaran sebelum menyambung semula latihan pada bulan depan.”

Pada saingan di ibu negara China itu, Bolt mengenepikan semua pesaingnya untuk memenangi tiga emas meskipun dihimpit masalah kecederaan sepanjang musim. Dia menjadi tunjang pasukannya memenangi acara 4x100m selain 100m dan 200m buat mengatasi pencabar kontroversi dari Amerika Syarikat, Justin Gatlin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA