Bom bunuh anggota polis di Pakistan

Bom bunuh anggota polis di Pakistan

QUETTA, Pakistan, 25 Mei – Sebuah bom tepi jalan semalam membunuh seorang anggota polis dan mencederakan tujuh yang lain di bandar barat daya Pakistan, Quetta yang bergolak kata polis.

“Seorang anggo;ta polis maut dan tiga yang lain cedera selepas bom yang ditanam di tepi jalan meletup ketika mereka menjalankan rondaan harian,” kata pegawai polis kawasan Faraz Ahmed memberitahu AFP. Empat pejalan kaki turut cedera dalam letupan itu,katanya, sambil menambah bahawa salah seorang daripada anggota polis kritikal. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA