Bom bunuh askar lindungi guru di Thailand

Bom bunuh askar lindungi guru di Thailand

BANGKOK, 18 Feb (AFP) – Bom pinggir jalan telah mengorbankan seorang tentera Thailand berusia 22 tahun semalam dan mengakibatkan seorang lagi dari pasukan peronda yang memberi pelindungan kepada guru-guru di selatan negara itu yang dicengkam pemberontakan.

Menurut polis, bahan letupan telah diledakkan dari jauh ketika enam orang tentera melakukan operasi keselamatan di jalan raya bagi guru-guru yang dalam perjalanan mereka ke sekolah di daerah Bacho, wilayah Narathiwat.

“Bom kawalan jauh itu meletup ketika dua dari mereka berhenti untuk memeriksa objek mencurigakan di tepi jalan,” Viroj Boonkhae, pegawai polis di Bacho memberitahu AFP.

Tentera yang cedera itu telah dimasukkan ke hospital, tambahnya. Rantau yang majoriti penduduknya adalah berugama Islam bersempadan dengan Malaysia dan telah selama sedekad dilanda keganasan hampir setiap hari yang telah meragut lebih 6,500 jiwa.

Para pemberontak berusaha mendapatkan autonomi lebih besar dari kerajaan Thailand, yang telah mengalihkan tambah milik lebih sedekad lalu. Sementara para militan kebanyakannya mensasarkan pasukan keselamatan negara, para guru dan orang awam lain juga menjadi tumpuan pengeboman dan penembakan.

Ibu kepada seorang askar yang terbunuh dalam serangan bom semasa rondaan itu kelihatan menangis semasa majlis pengebumian anak beliau di wilayah bergolak Narathiwat, selatan Thailand. – AFP
Ibu kepada seorang askar yang terbunuh dalam serangan bom semasa rondaan itu kelihatan menangis semasa majlis pengebumian anak beliau di wilayah bergolak Narathiwat, selatan Thailand. – AFP

Ketenteraan Thailand, yang merampas kuasa dalam rampasan kuasa 2014, telah menganggap rekod rantau itu menurun dalam keganasan tahun lalu ekoran hasil dari operasi perisikan lebih baik oleh pasukan tenteranya.

Ia juga membuat pendekatan dengan sebilangan perwakilan dari rangkaian pemberontak yang tidak jelas dengan harapan memulakan rundingan damai menyeluruh. Tetapi para pengkritik berkata perdamaian tidak mungkin berlaku selagi ketenteraan menindas hak asasi kemanusiaan di rantau itu, yang telah ditadbir oleh undang-undang darurat selama dekad lalu.

Dalam laporan yang dikeluarkan bulan lalu, kumpulan hak asasi menuduh tentera menyeksa ramai tahanan dalam usahanya menghapuskan pemberontakan. Menurut laporan, para penyelidik melihat situasi itu semakin teruk sejak rampasan kuasa Thailand pada 2014.

ARTIKEL YANG SAMA