Bom disembunyikan dalam komputer riba

Bom disembunyikan dalam komputer riba

MOGADISHU, 8 Feb – Pegawai-pegawai perisikan Somalia yang menyiasat letupan bom pada pesawat penumpang mendedahkan rakaman litar tertutup kelmarin menunjukkan seorang penumpang dibrikan komputer riba di mana bom tersebut disembunyikan.

Letupan pada minggu lepas itu mengoyakkan sebahagian badan pesawat Daallo Airlines sebaik sahaja berlepas dari lapangan terbang utama Somalia, mengorbankan seorang dan memaksa pendaratan kecemasan.

Rakaman yang baru didedahkan itu menunjukkan suspek pengebom telah diberikan sebuah komputer riba oleh dua orang lelaki lain, seorang daripadanya memakai baju jaket sekuriti, menurut Agensi Keselamatan dan Perisikan Kebangsaan (NISA).

“Terdapat beberapa penyiasatan sedang dijalankan dan kira-kira 15 orang telah ditahan setakat ini berkaitan dengan insiden itu,” ujar seorang pegawai keselamatan Somalia yang tidak mahu namanya didedahkan memberitahu AFP.

“Keputusan siasatan dalaman menunjukkan bom tersebut ditanam di dalam sebuah komputer riba dan dibawa oleh salah seorang penumpang. – AFP

Pesawat penumpang Daalo Airlines di mana bom tersebut diletupkan. – Reuters
Pesawat penumpang Daalo Airlines di mana bom tersebut diletupkan. – Reuters