Bom ditemui di New Jersey, tiga serangan di AS disiasat

Bom ditemui di New Jersey, tiga serangan di AS disiasat

New York, 19 Sept – Polis Amerika Syarikat mendapati pelbagai peranti letupan ditemui di New Jersey, satu daripadanya meletup, kata FBI, hari ini apabila para penyiasat semalam menyiasat tiga serangan yang berlaku di AS dalam masa 24 jam – pengeboman Manhattan, serangan tikaman di Minnesota dan letupan bom paip di New Jersey – yang berkemungkinan ada hubungkait dengan aktiviti pengganas, lima orang telah ditahan di New York.

Pihak berkuasa berkata, tidak ada bukti bahawa serangan itu adalah dirancang namun masa mereka kurang daripada 24 jam menimbulkan kebimbangan keselamatan, sudah menjadi isu utama dalam perdebatan pilihan raya presiden antara Hillary Clinton dan Donald Trump yang memecah-belahkan negara.

Dua puluh sembilan orang cedera apabila sebutir bom meletup di kejiranan Chelsea, New York pada malam Sabtu lalu, merosakkan bangunan, memecahkan kaca dan menerbangkan serpihan-serpihan di jalan raya.

Kemudian bom kedua dikesan oleh polis, berada empat blok dari tempat kejadian bom pertama dan berjaya dimatikan dengan selamat, sebelum dihantar kepada FBI di Virginia bagi pemeriksaan forensik.

Kedua-dua bom dipenuhi dengan serpihan dan dibuat dengan periuk tekanan, telefon bimbit, lampu Krismas dan bahan-bahan letupan, menurut The New York Times semalam, memetik daripada pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang.

Para penyiasat berada di tempat kejadian letupan di jalan West 23rd dalam kawasan kejiranan Chelsea di Manhattan, New York, kelmarin. – AP
Para penyiasat berada di tempat kejadian letupan di jalan West 23rd dalam kawasan kejiranan Chelsea di Manhattan, New York, kelmarin. – AP

Akhbar itu juga berkata, memetik sumber-sumber penguatkuasaan undang-undang, di mana pihak berkuasa persekutuan ditahan dan menyoal lima orang suspek yang berkemungkinan ada hubungkait dengan pengeboman di New York.

The New York Daily News melaporkan bahawa senjata ditemui di dalam kereta dan seorang telah dikenal pasti melalui rakaman pengawasan, tetapi ia tidak jelas sama ada dia adalah salah seorang daripada lima yang ditahan.

Di New Jersey pada Sabtu lalu, bom paip meletup dalam tong sampah di laluan Marin Corps sebelum perlumbaan dimulakan, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan dan acara terpaksa dibatalkan.

Semalam, perkhidmatan kereta api di negeri itu terpaksa diberhentikan di antara lapangan terbang Newark dan bandar Elizabeth, berikutan laporan sebuah pakej mencurigakan yang telah ditemui di sana. Pegawai FBI masih menyiasat kejadian tersebut.

Di Midwest, penyerang yang dilaporkan soerang warga Somalia-Amerika membuat serangan tikaman di pusat membeli belah di St Cloud, Minnesota, mencederakan sembilan orang sebelum ditembak mati oleh seorang pegawai polis yang tidak bertugas.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, motif daripada ketiga-tiga serangan adalah tidak jelas, tetapi pegawai yang dipilih dengan pantas mengenal pasti bahawa mereka sebagai berkaitan dengan keganasan itu. – AFP