Bom kereta bunuh 3 polis di Mogadishu

Bom kereta bunuh 3 polis di Mogadishu

MOGADISHU, 9 Mac (AFP) – Kira-kira tiga pegawai polis meninggal dunia apabila sebuah bom kereta meledak di luar kedai teh di bandar Mogadishu, Somali hari ini, kata polis.

“Berlaku letupan bom kereta berhampiran ibu pejabat pengangkutan polis awal pagi ini,” kata pesuruhjaya polis Mogadishu Ali Hersi Barre, menambah bahawa pemandu yang disyaki telah ditahan polis.

Tiga pegawai berkenaan sedang minum teh apabila berlaku letupan dan lelaki yang memandu kereta yang meletup itu mengalami ‘cedera serius’, kata pesuruhjaya.

Tambahnya lagi, sebuah teksi tuk-tuk beroda tiga yang membawa bahan letupan juga meletup pagi ini, selepas dirampas oleh polis tengah malamnya, namun katanya tidak ada korban jiwa berlaku akibat letupan itu.

“Salah seorang daripada tiga lelaki yang memandu teksi berkenaan telah ditangkap dan dua yang lain melarikan diri,” kata Ali.