Bom kereta meletup, 3 cedera di Kyrgystan

Bom kereta meletup, 3 cedera di Kyrgystan

BISHKEK, Kyrgyzstan, 30 Ogos – Sebuah van yang dipandu oleh seorang pengebom berani mati meletup selepas merempuh pagar di kedutaan China di Kyrgyzstan hari ini, yang mencederakan tiga orang, menurut pihak berkuasa.

“Ekoran letupan itu, hanya pengganas berani mati itu terkorban. Pegawai-pengawal keselamatan mengalami kecederaan,” Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan Jenish Razakov memberitahu para wartawan.

Razakov berkata tiga orang yang tercedera itu kesemuanya kakitangan kedutaan China warga Kyrgyz dan mereka telah dihantar ke hospital. Para medik tempatan berkata kecederaan mereka tidak serius.

Sumber polis Bishkek memberitahu AFP bahawa kereta Mitsubishi Delica merempuh pagar di kedutaan itu sebelum meletup di tengah halaman berhampiran kediaman duta.

Pegawai polis Kyrgyz berkumpul di luar kedutaan China di Bishkek semalam. Sebuah van yang dipandu oleh seorang pengebom berani mati merempuh pagar di kedutaan China di Kyrgyzstan semalam. – AFP
Pegawai polis Kyrgyz berkumpul di luar kedutaan China di Bishkek semalam. Sebuah van yang dipandu oleh seorang pengebom berani mati merempuh pagar di kedutaan China di Kyrgyzstan semalam. – AFP

Satu lagi sumber dari perkhidmatan kedutaan negara Asia Tengah bekas Soviet itu yang bersempadan dengan China berkata ‘alat letupan’ telah dipasang dalam kenderaan itu.

Penduduk tempatan memberitahu AFP letupan telah memecahkan cermin tingkap mereka dan mengakibatkan rumah mereka bergoyang.

Kakitangan dari kedutaan China dan Amerika yang berhampiran di hujung bandar itu telah pindahkan, menurut perkhidmatan kecemasan Kyrgyz.

Majoriti Islam Kyrgyzstan yang hidup miskin mempunyai sejarah ketidakstabilan politik dan berdepan dengan kefahaman pelampau pejuang Islam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA