Bom kereta ragut 4 nyawa

Bom kereta ragut 4 nyawa

ISMAILIA, 4 Nov (Reuters) – Sebuah bom kereta menyasarkan kelab anggota polis di bandar Mesir El Arish sekurang-kurangnya membunuh 4 polis dan mencederakan 10 lagi yang lainnya hari ini, kata sumber keselamatan.

Kumpulan Negara Islam Mesir, Wilayah Sinai, mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, yang disifatkannya sebagai pengeboman bunuh diri.

Kumpulan itu telah membunuh beratus-ratus tentera dan polis sejak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi pada 2013 selepas bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi telah berkata kumpulan militan Islam telah menimbulkan ancaman serius kepada Mesir, negara Arab yang paling ramai penduduk.

ARTIKEL YANG SAMA