Bom lama dirasai dalam feri di Marseille

Bom lama dirasai dalam feri di Marseille

MARSEILLE, 1 Ogos – Sebuah kapal penumpang yang berlabuh di pelabuhan Marseille, di selatan Perancis, dikosongkan semalam selepas letupan dirasakan di dalam feri berkenaan, dengan pihak berkuasa sedang menyiasat jika ia berpunca dari bom lama waktu peperangan.

Perancis dalam langkah berjaga-jaga ekoran serangan lori pada Hari Bastille di Nice yang mengorbankan 84 orang dan pejuang jihad yang membunuh seorang paderi minggu lalu.

Semua penumpang telah pun turun selepas pelayaran mereka dari Corsica dan letupan itu tidak mengakibatkan sebarang kerosakan pada kapal atau pelabuhan, menurut para pegawai.

“Jean Nicoli, kapal dari syarikat perkapalan Corsica Linea telah menyelesaikan operasi menurunkan penumpang selepas datang dari Porto Vecchio apabila berlakunya letupan dalam air yang menggegarkan feri berkenaan,” menurut pihak berkuasa pelabuhan dalam satu kenyataan.

“Kapten kapal segera melaksanakan prosedur keselamatan dan menangguhkan operasi menurunkan penumpang bagi destinasi Porto Torres di Sardinia,” menurutnya.

Timbalan pendakwa Marseille Jean-Jacques Fagni mengesahkan kepada AFP bahawa ‘nasib baik letupan itu tidak mengakibatkan sebarang kesan, sama ada kepada harta benda mahupun orang‘

Pihak berkuasa pelabuhan berkata hanya anggota kru berada di dalam kapal pada ketika itu dan kesemuanya telah dipindahkan segera.

“Saya berada dalam kabin, dan kedengaran bunyi ‘boom’ dan kami rasakan sesuatu yang bergerak atas bawah,” menurut dua pekerja penyelenggaraan.

Penyiasatan sedang menjalankan siasatan punca letupan. – AFP