Bom mungkin jatuhkan pesawat Rusia – Obama

Bom mungkin jatuhkan pesawat Rusia – Obama

LONDON, 6 Nov (AFP) – Presiden AS Barack Obama semalam membangkitkan tentang kemungkinan bahawa bom telah menjatuhkan pesawat udara Rusia yang terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir, yang melemahkan usaha Kaherah dan Moscow untuk tidak memandang serius pendapat serangan ke atas pesawat itu.

Dengan kebimbangan keselamatan meningkat, sebilangan penerbangan Eropah bersedia untuk membawa pulang beribu-ribu pelancong dari peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikh, tempat pesawat itu berlepas Sabtu lalu.

Kumpulan pejuang jihad Kerajaan Islam (IS) telah mengaku bertanggung jawab di atas bencana itu, yang mana pesawat udara yang hendak menuju Saint Petersburg terhempas beberapa minit selepas berlepas, mengorbankan kesemua 224 orang di dalamnya yang terutamanya pelancong-pelancong Rusia.

“Saya berpendapat ada kemungkinan ada bom di dalam pesawat dan kami mengambil amat serius tentang itu,” Obama memberitahu stesen radio AS, sementara menekankan bahawa terlalu awal untuk mengatakannya dengan pasti.

Obama membangkitkan kemungkinan pesawat Rusia terhempas jatuh disebabkan oleh bom. - Reuters
Obama membangkitkan kemungkinan pesawat Rusia terhempas jatuh disebabkan oleh bom. – Reuters

Di London, yang mana David Cameron menerima kunjungan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, Perdana Menteri Britain itu memberitahu para pemberita bahawa ‘lebih berkemungkinan dari tidak bahawa itu adalah bom pengganas, yang menjadi punca nahas.

Dan surat khabar The Times melaporkan hari ini bahawa perhubungan elektronik telah yang dipintas oleh pengintip-pengintip Britain dan Amerika berpendapat bom mungkin telah dibawa masuk ke dalam pesawat.

“Nada dan kandungan mesej meyakinkan para penganalisis bahawa bom telah dibawa masuk ke dalam pesawat oleh seorang penumpang atau seorang anggota kakitangan lapangan terbang,” lapor akhbar itu, tanpa menyatakan sumbernya.