Bom paip meletup sebelum acara larian dimulai

Bom paip meletup sebelum acara larian dimulai

SEASIDE PARK, New Jersey, 18 Sept – Pihak berkuasa berkata, sebutir bom paip meletup di Bandar Jersey Shore, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) sejurus sebelum ribuan peserta mengambil bahagian dalam larian amal 5K untuk anggota marin dan kelasi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian letupan di sini, kira-kira jam 9:30 pagi semalam, kata Al Della Fave, jurucakap pejabat Pendakwa Ocean County. Beliau berkata tiada kerosakkan bangunan atau rumah di sekitarnya.

FBI adalah sebagai agensi utama dalam siasatan kejadian tersebut. Namun pegawai-pegawai belum menyatakan sama ada kejadian itu berunsur keganasan atau dari peserta-peserta kejohanan yang disyaki bagi acara larian tahunan Semper Five Ketiga.

Perlumbaan itu telah dijadualkan bermula sebelum letupan itu berlaku, tetapi ditangguhkan apabila orang ramai masih mendaftar untuk perlumbaan itu dan laporan pelari yang tidak diundang dikenal pasti dalam acara tersebut. – AP

Polis pemantau mengadakan siasatan di tapak letupan “bom paip” di kawasan perumahan di Taman Seaside, New Jersey, kelmarin. – AFP
Polis pemantau mengadakan siasatan di tapak letupan “bom paip” di kawasan perumahan di Taman Seaside, New Jersey, kelmarin. – AFP