Bom pinggir jalan bunuh 2 renjer

Bom pinggir jalan bunuh 2 renjer

BANGKOK, 19 Okt – Sebutir bom pinggir jalan membunuh dua orang separa tentera dan mencederakan lima yang lain di wilayah dibelenggu keganasan di selatan Thailand, di mana tentera memerangi pemberontak Melayu Islam yang membantah pemerintahan majoriti Buddha negara.

Letupan kena kenderaan mereka semasa rondaan rutin di daerah Sai Buri di wilayah Pattani, Kolonel Pramote Promin, seorang jurucakap keselamatan kawasan memberitahu Reuters hari ini.

Dia menganggarkan bom itu sebesar 100kg. Seorang wartawan Reuters di tapak serangan mengatakan ia meninggalkan kawah cukup besar untuk memuatkan seekor gajah.

Sama seperti kebanyakan serangan di wilayah jauh selatan Thailand, tiada yang mengaku bertanggungjawab.

Lebih daripada 6,500 orang terbunuh dalam kacau bilau semenjak 2004 di Yala, Pattani dan Narathiwat bersempadan Malaysia. – Reuters