Bom tinggalan Perang Dunia II ditemui

Bom tinggalan Perang Dunia II ditemui

NICE, Perancis, 9 Ogos (AFP) – Salah sebuah pantai termasyhur di French Riviera ditutup semalam selepas bom sisa peninggalan Perang Dunia II ditemui di enam meter dari pantai di Nice, menurut pegawai-pegawai.

Bom yang tidak meletup itu ditemui oleh penyelam pada kedalaman tiga meter di pantai persendirian di depan hotel Negresco di bandar berkenaan, yang menjadi tumpuan golongan kaya dan terkenal.

Dua pantai awam yang berhampiran turut ditutup ketika kawasan berkenaan dikosongkan bagi membolehkan pasukan pemusnah bom menjalankan tugas mereka. Nice dibom dengan hebat ketika pasukan tentera Perikatan mendarat di Riviera pada Ogos 1944.

Pantai-pantai terbabit kemudian dibuka semula pada sebelah petang semalam.

ARTIKEL YANG SAMA