Bomba Afrika Selatan bantu tangani kebakaran Kanada

Bomba Afrika Selatan bantu tangani kebakaran Kanada

JOHANNESBURG, 30 Mei – Lebih daripada 300 anggota bomba Afrika Selatan telah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di sini ke Kanada untuk membantu dalam usaha meredakan kebakaran hutan di barat Kanada di mana kira-kira setengah juta hektar tanah telah pun terbakar.

Anggota bomba dan wanita, yang datang daripada program yang dibiayai kerajaan “Working on Fire” yang menumpu pada pelaksanaan Pengurusan Bersepadu Kebakaran di Afrika Selatan dengan lebih daripada 5,000 lelaki dan wanita muda yang dilatih sepenuhnya sebagai anggota bomba kebakaran hutan akan menyertai pihak berkuasa Kanada untuk memerangi kebakaran hutan.

Kebakaran yang meletus pada awal bulan ini telah meninggalkan lebih daripada 250,000 orang kehilangan tempat tinggal selepas mereka dipindahkan dari rumah mereka.

Afrika Selatan menghantar lebih daripada 300 anggota untuk membantu meredakan kebakaran hutan Kanada yang telah membakar kira-kira setengah juta hektar tanah. – AP
Afrika Selatan menghantar lebih daripada 300 anggota untuk membantu meredakan kebakaran hutan Kanada yang telah membakar kira-kira setengah juta hektar tanah. – AP

Untuk kebanyakan anggota bomba Afrika Selatan, ia merupakan kombinasi keghairahan dan keberanian tatkala mereka bergabung pada hujung minggu untuk melancarkan projek ini.

Pada April, mereka menjalani latihan untuk bersiap sedia menghadapi cabaran besar di depan.

Ia merupakan penghantaran terbesar untuk program “Working on Fire” dan bagi anggota bomba, ia merupakan satu peluang untuk mewakili Afrika Selatan.

Pihak berkuasa Kanada telah mengalami kebakaran terutamanya di barat wilayah Alberta. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA