Bomba bantu pindah pesakit 250kg

Bomba bantu pindah pesakit 250kg

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Seorang pesakit wanita Hospital Ampang, yang mempunyai berat badan melebihi 250 kilogram, terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh dekat sini dengan menggunakan lori Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor hari ini.

Akmarlizan Rustam, 53, yang menghidapi asma, obesiti dan darah tinggi dipindahkan pagi tadi untuk menjalani program obesiti morbid di hospital itu.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Mohd Sani Harul berkata Akmarlizan terpaksa diturunkan dari Hospital Ampang dan dimasukkan ke lori lima tan JBPM dengan bantuan 10 anggota dari Balai Bomba Pandan.