Bomba KB bers...

Bomba KB bersihkan kubur

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 29 Jun – Kira-kira 100 orang dalam kalangan pegawai dan anggota bomba serta kakitangan awam cawangan Operasi B Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Belait bergotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Batu Tiga Jalan Maulana, di sini, hari ini.

Mengetuai rombongan kerja amal berkenaan ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi B Daerah Belait, Supt Kanan Awang Muhd Shahreeni bin Haji Mohd Yusof.

Sejurus selepas kerja-kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan berkenaan, rombongan kemudiannya membaca tahlil dan doa arwah beramai-ramai bagi mendoakan mereka yang kembali ke rahmatullah.

Kempen membersihkan kawasan tanah perkuburan itu merupakan salah satu aktiviti tahunan jabatan bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

Selesai kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa arwah beramai-ramai.
Selesai kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa arwah beramai-ramai.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara pegawai dan anggota bomba, di samping meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pegawai dan kakitangan di jabatan itu.