Bomba Labuan akan punyai unit helikopter

Bomba Labuan akan punyai unit helikopter

LABUAN, 17 Mei (Bernama) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan akan mempunyai unit helikopter tidak lama lagi bagi meningkatkan kemampuannya dalam memberi respons kecemasan terhadap sesuatu kejadian di pulau bebas cukai ini.

Pengarahnya, Zainal Madasin, berkata penubuhan unit itu telah diluluskan ibu pejabat jabatan berkenaan dan satu kawasan sesuai untuk menempatkannya, sedang dikenal pasti.